Latihan Kebakaran SMK Teluk Bahang 2015

LAPORAN OLEH:  En. Dzul Najmi Bin Sirozi

15 Mac 2015 – Bertempat di SMK Teluk Bahang, satu latihan kebakaran telah diadakan di sekolah ini dengan kerjasama Balai Bomba Teluk Bahang.Tepat jam 1.15 petang, siren kecemasan dibunyikan oleh pihak sekolah menandakan bermulanya latihan kebakaran.

Beberapa staf sekolah telah ditugaskan untuk memulakan kebakaran olok-olok di Blok C. Selepas asap mula kelihatan di Blok C, siren terus dibunyikan. Semua pelajar SMKTBG termasuk guru-guru dan staf-staf mula bergerak ke padang sekolah mengikut pelan kecemasan.

5 minit diperlukan untuk mengosongkan ketiga-tiga blok bangunan sekolah termasuklah blok C dan seemua warga SMKTBG dikumpulkan dipadang bola sepak sekolah.

Guru-guru kelas kemudian mula mengira bilangan pelajar bagi mengenal pasti sekiranya ada pelajar yang tidak berada di padang. Setelah selesai proses pengiraan, semua warga SMKTBG berkumpul di dataran Hj. Abdul Malek bagi mendengar taklimat daripada pegawai bomba En. Monaharan dari balai bomba Teluk Bahang.

Aktiviti seterusnya adalah demonstrasi memadamkan api. Demonstrasi ini turut melibatkan beberapa pelajar SMKTBG. Demonstrasi ini tamat sekitar jam 1.50 petang. Seramai 5 anggota termasuk pegawai bomba terlibat di dalam latihan ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak bomba Teluk Bahang diatas kerjasama yang diberikan dan juga jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh warga SMKTBG dalam menjayakan latihan kebakaran kali ini.

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!