SAMBUTAN HARI GURU 2015

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Badan Pengawas Sekolah dengan kerjasama Kelab IQRA SMK Teluk Bahang

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

29 Mei 2015 – Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh tersebut dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah dan Kelab IQRA SMK Teluk Bahang. Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi dengan perarakan bunga manggar dan kompang yang mengiringi masuk semua barisan guru-guru dan YDP PIBG En. Abdul Majeed B. Mohd Shariff. Majlis diserikan dengan perutusan khas Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran yang disampaikan oleh En. Dzul Najmi dan En. Aizuddin seterusnya disusuli dengan Ucapan ketua Kelab IQRA Pn. Yazmira dan ucapan YDP PIBG serta ucapan Tuan Pengetua En. Abul Halim B. Hussin. Dalam majlis tersebut turut diadakan bacaan ikrar guru yang telah diketuai oleh En. Khairulfaizi dan nyanyian lagu “Guru Malaysia”.

Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada para pelajar yang mempersembahkan nasyid, silat, lakonan, sajak dan sebagainya. Acara memotong kek dan penyampaian anugerah guru-guru turut diadakan. Sambutan Hari Guru tidak lengkap tanpa permainan sukaneka daripada Badan Pengawas untuk guru-guru. Antara permainan yang disediakan adaah kerusi muzik, boling kelapa, isi air dalam botol dan sebagainya. Majlis berakhir dengan jamuan guru-guru yang ditaja oleh PIBG sekolah serta acara bertukar-tukar hadiah antara guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya. Kelab IQRA 2015 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Badan Pengawas sekolah kerana bertungkus lumus merancang dan menjalankan semua aktiviti pada hari tersebut. Semoga para pelajar mendapat pengalaman baru dalam menguruskan sesuah majlis. TAHNIAH.

 

 

“GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3225652
TodayToday215
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5074
This MonthThis Month31671
All DaysAll Days3225652
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.