MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & PELANCARAN GOTONG ROYONG PERDANA SATU JAM MENGHAPUS AEDES 2015

LAPORAN OLEH: PN. NORITA BT. NAIJAN

 

Tarikh : 6 Ogos 2015 (Khamis)

Masa    : 8.00 pagi

Tempat : Dataran Tn Hj. abdul Malek, SMK Teluk Bahang

Disediakan oleh : Pn Norita bt Naijan

 

 

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, sekali lagi SMK Teluk Bahang dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Biro Tatatanegara Pulau Pinang, Pejabat Penerangan Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Dareah Barat Daya, Pejabat Pendidikan Barat Daya dan Escape Teluk Bahang dapat menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Pelancaran Gotong Royong Perdana Satu Jam Menghapus Aedes Peringkat Barat Daya dengan gilang-gemilang. Walaupun perancangan dan persiapan majlis dalam tempoh masa yang singkat, namun majlis tetap dapat dijalankan seperti yang dirancang.

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam majlis ini terutamanya guru-guru yang terlibat secara langsung sebagai ajk pelaksana. Tanpa kerjasama yang padu dari semua pihak majlis ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

 

Tepat jam 8.30 pagi, YB Dato’ Hj. Hilmi bin Hj Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau sampai di sekolah untuk merasmikan majlis yang disertai oleh hampir 700 orang yang terdiri daripada sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah bukan kerajaan, badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pertubuhan belia, jawatankuasa kampung dan pelajar sekolah.

 

Majlis dimulaikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pulau Pinang. Diikuti dengan ucapan oleh pengawai Pendidikan Daerah Barat Daya, En Rusli bin Hashim. Turut sama menyampaikan ucapan ialah Pengarah Biro Tatanegara Pulau Pinang, En Hasan bin Mohamed. majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Hj. Hilmi. Dalam ucapannya, beliau amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh para hadirin untuk menjayakan majlis tersebut. Berita yang paling menggembirakan ialah YB Dato’ Hj. Hilmi telah meluluskan peruntukan RM 200, 000 untuk membina sebuah dewan terbuka untuk memudahkan pelajar membuat aktiviti dan latihan kawad. Berita gembira itu disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada para hadirin.

 

Dalam keadaan hujan yang sangat lebat, YB Dato’ Hj. Hilmi turun ke tapak perhimpunan untuk melancarkan gimik Perasmian Gotong Royong Perdana Satu Jam Menghapus Aedes yang diselenggara oleh Pejabat Kesihatan Barat Daya. Gimik pelancaran bulan Kebangsaan pua telah diselenggara oleh pihak ecape teluk bahang di mana YB Dato’ Hj. Hilmi melepaskan belon gergasi yang membawa bendera jalur gemilang. Pada masa yang sama, seorang pelajar turun dengan fying fox dan membawa bendera jalur gemilang.

 

Majlis turut diserikan dengan tarian Joget Malaysia oleh kumpulan tarian Semarak Tari di bawah pimpinan En Mohd Zaidi. Selain itu, kehebatan pasukan kawad kaki sekolah turut teserlah apabila mereka mempersembahkan kawad kaki berirama yang dipimpin oleh Pn Nor Azmawati. Acara penyerahan kit menghapus Aedes sumbangan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya dan Jalur Gemilang yang disumbangkan oleh Biro Tatanegara Pulau Pinang mengakhiri majlis pelancaran pada tahun ini.

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3260497
TodayToday287
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1033
This MonthThis Month25562
All DaysAll Days3260497
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.