PERASMIAN DEWAN ASTANA IQRA

LAPORAN OLEH: PN. HASLINDA BINTI ROSLE (AJK DOKUMENTASI)

 

PERASMIAN DEWAN ASTANA IQRA, SMK TELUK BAHANG

MESYUARAT PIBG KALI KE-15 TAHUN 2017

PELANCARAN BRIGED KOMUNITI

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PT3 2016

PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2017

 

 

Pada 10 Mac 2017 yang lalu, SMK Teluk Bahang telah berjaya menjalankan 5 program serentak dalam sehari, antaranya perasmian Dewan Astana IQRA, mesyuarat PIBG kali ke-15, pelancaran Briged Komuniti, penganugerahan pelajar cemerlang PT3 2016 dan penyerahan bantuan persekolahan bagi sesi 2017.

 

Pihak sekolah dengan sukacitanya telah menjemput YB Dato Seri Dr Hj Hilmi bin Hj Yahaya merasmikan Dewan Astana IQRA, SMK Teluk Bahang. Adanya dewan ini telah membantu pihak sekolah mengurus serta melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang . Sebelum ini, pihak sekolah terpaksa menggunakan bilik persidangan untuk majlis-majlis rasmi. Kekangan yang dihadapi iaitu bilik persidangan ini hanya boleh memuatkan bilangan pelajar yang kecil dan secara tidak langsung mengganggu kelancaran majlis-majlis tersebut.

                Pada masa yang sama juga, YB Dato Seri Dr Hj Hilmi turut berkesempatan melancarkan program Briged Komuniti. Program ini melibatkan satu pasukan masyarakat yang menyokong usaha pihak sekolah dalam melaksanakan sesuatu perkara yang menuju ke arah kebaikan bersama antara warga sekolah dengan penduduk setempat. Fokus utama penubuhan jawatankuasa ini bukanlah sahaja tertumpu kepada masalah ponteng sekolah, tetapi juga meliputi masalah-masalah disiplin lain yang boleh dibantu oleh masyarakat setempat seperti vandalisme, melepak dan sebagainya. Semoga komuniti setempat dapat bersama-sama berganding bahu bersama pihak sekolah dalam menjayakan program ini pada masa akan datang.

                Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini menyampaikan sijil penghargaan atas usaha dan penat lelah pelajar-pelajar PT3 2016 yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Semoga penghargaan ini dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar lain untuk turut mencapai kecemerlangan dalam PT3 dan SPM yang akan tiba tahun ini.

                Setelah selesai pelancaran dan perasmian tersebut, majlis diteruskan lagi dengan mesyuarat PIBG kali ke-15, dimana antara agendanya ialah melantik ajk baru serta membincangkan usul yang telah dipersetujui bersama. Para ibu bapa yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan pengurusan PIBG. Pada akhir majlis, penyerahan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa yang layak telahpun berlangsung dengan jayanya.


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3260485
TodayToday275
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1021
This MonthThis Month25550
All DaysAll Days3260485
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.