SAVE OUR RAINFOREST RACE (SORR) 2017

LAPORAN OLEH: PN. FARAH AZZAHRA BINTI ISHAK 

Penyelaras Save Our Rainforest Race (SORR) 2017

 

Pada 25 Mac 2017, telah berlangsung Program Save Our Rainforest Race (SORR) 2017 yang pertama kali diadakan di Pulau Pinang. SMK Teluk Bahang terpilih sebagai tuan rumah bagi program ini.

Program ini diilhamkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil  bertujuan untuk menyemai dan menanam cinta akan alam sekitar. Program SORR dianjurkan oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dengan kerjasama SMK Teluk Bahang, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.

 

Objektif utama SORR 2017 ialah menyemai rasa cinta alam sekitar dan menanam sebanyak 500 pokok Merambong di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Trek SORR kali ini adalah sejauh 14.3km bermula dari SMK Teluk Bahang, Taman Rimba, Taman Negara dan kembali semula ke SMK Teluk Bahang. Program ini disertai oleh kira-kira 300 orang sukarelawan dan 1000 orang peserta SORR dari seluruh Malaysia.

SMK Teluk Bahang selaku tuan rumah telah menghantar seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru dan pelajar. Sukarelawan telah dibahagi kepada dua kumpulan iaitu pendaftaran dan membungkus makanan dan minuman. Sukarelawan Pendaftaran telah  diberi tanggungjawab untuk menguruskan 5 kaunter pendaftaran dan membantu pengurusan sisa –sisa pepejal .Selain itu, sukarelawan telah diberi tanggungjawab membungkus makanan dan minuman bagi sarapan dan makan tengahari bagi 1300 orang di Hotel Hardrock. SMK Teluk Bahang juga berkerjasama dengan Hotel Hardrock Penang dan Hotel Copthorne  semasa menyediakan makanan dan minuman untuk peserta SORR kali 2017.

Majlis Save Our Rainforest Race (SORR) dirasmikan oleh YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil. SMK Teluk Bahang telah menghantar 26 kumpulan iaitu 52 orang peserta SORR untuk pertandingan kali ini. Saudara Sho Akmal, pelajar dari SMK Teluk Bahang telah diberi penghormatan untuk membaca doa semasa majlis perasmian SORR 2017. Peserta SORR terdiri daripada 12 orang guru, 30 orang pelajar dan 10 orang komuniti setempat. Program SORR 2017 telah berjaya menanam 500 pokok Merambong di Pantai Keracut. Pokok Merambong merupakan tempat yang disukai oleh penyu  untuk bertelur di kawasan Pantai Keracut, sekaligus dapat menarik perhatian penyu bertelur  disini seterusnya dapat mengelakkan daripada kepupusan spesies penyu di Malaysia. Usaha murni ini sepadan dengan slogan PEKA iaitu “See Nature, See Life”.

Kesimpulannya, SORR 2017 memberi dimensi baru tentang semangat cinta kepada alam sekitar dalam hati warga Iqra dan komuniti setempat. Secara tidak langsung, sikap tolerasi, berkerjasama dan tolong – menolong telah diterapkan di dalam diri pelajar. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga usaha kita untuk menjaga Bumi ini diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, Terima Kasih.

 


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3260485
TodayToday275
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1021
This MonthThis Month25550
All DaysAll Days3260485
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.